Tuesday, March 2, 2010

Jalur Lebar


#Jalur lebar adalah modem komunikasi yang mempunyai capaian yang tinggi.

# Terdapat dua jenis jalur lebar yang umum,iaitu DSL kabel modem,yang mampu memindahkan 512 kbps atau lebih,kira-kira,9 kali lebih cepat dari modem yang menggunakan kabel telefon yang biasa.

# Akses internet jalur lebar menjadi pasaran yang tumbuh dengan cepat dalam banyak bidang di awal 2000-an, satu penelitian menemukan bahawa penggunaan internet jalur lebar di Amerika Syarikat tumbuh dari 6% pada Jun 2000 hingga ke 30% pada 2003.

# Beberapa implementasi modem dari jalur lebar telah mencapai 20 Mbit/sesaat, beberapa ratus kali lebih cepat dari yang ada pada awal internet dan kosnya juga lebih murah.



Kelebihan Jalur Lebar


Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama dihadapan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak muat turun bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yang sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Contoh-contoh Jalur Lebar.








Bermulanya Hidup Saya Bersama Jalur Lebar


Pada bulan Mei 2008, saya mula menjinak-jinakkan diri dengan internet.Saya menggunakan internet di rumah saya.Ibu saya banyak mengajar saya cara-cara menggunakan komputer dan internet.Pada masa itu,saya merasa amat seronok dan amat berminat dengan apa yang ibu saya ajarkan.

Pada masa itu jugalah,bermulanya hidup saya bersama jalur lebar. Dengan menggunakan internet,saya dapat berkenalan dengan ramai kawan samaada di dalam ataupun di luar negara.Di samping itu,saya juga dapat belajar Bahasa Inggeris secara perlahan-lahan selain dari belajar di sekolah.

Apabila kita menggunakan internet,kita tidak membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti vandalisme,melepak,meghisap rokok dan sebagainya.
Saya juga boleh menggunakan internet di Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK).Untuk 3 bulan pertama keahliannya,saya dapat menggunakan internet di situ secara percuma.Kebetulannya pula Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) ini hanya beberapa kilometer saja dari rumah saya dan kawan-kawan saya.Saya boleh pergi ke sana dengan hanya menaiki basikal.

Cerita Saya


Pada permulaanya,saya hanya menggunakan 'Score A' yang ditunjukkan oleh ayah saya.

Melalui 'Score A',saya dapat belajar dengan lebih selesa dan menyeronokkan.Ianya mengandungi subjek-subjek yang saya belajar seperti Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Sains dan Matematik.Melalui itu juga,saya langsung tidak berasa mengantuk kerana ianya amat menarik minat saya.Tambahan pula pada waktu itu,saya sedang membuat latihan mata pelajaran kegemaran saya,Matematik.

Apa yang saya boleh buat dengan menggunakan internet.

Dengan internet,saya dapat membuka laman-laman web seperti 'Score A',Facebook,surat khabar dan macam-macam lagi.Saya juga dapat berhubungan dengan kawan-kawan saya,ahli keluarga saya,cikgu-cikgu saya dan ramai lagi.

Saya dapat berhubungan dengan mereka semua melalui :


Melaui emel,saya sudah tidak perlu bersusah payah menulis isi surat yang panjang lagi kerana ianya hanya melenguhkan tangan saya.Melalui emel juga,kita tidak perlu membazir tenaga dan minyak semata-mata hanya untuk ke pejabat pos.



Di samping itu,kita juga boleh menjimatkan masa.Ini kerana,apabila kita menggunakan perkhidmatan pos,ianya mungkin mengambil masa berhari-hari.Apatah lagi jikalau kita hendak menghantarnya ke luar negala seperti negara Autralia,Amerika Syarikat dan sebagainya.


Dengan menggunakan emel,ianya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.


Facebook



Saya bersosial dengan menggunakan Facebook.Apabila kita menggunakan facebook,saya dapat melihat gambar-gambar saya semasa saya masih kecil yang dimuat turun oleh keluarga saya.


Dengan menggunakan Facebook juga,saya dapat melihat gambar-gambar saya dan rakan-rakan saya di sekolah seperti :-

Saya juga menggunakan internet untuk bersembang di alam maya bersama kawan-kawan saya samaada di dalam negara ataupun di luar negara.

Saya juga tidak perlu membazir kredit untuk berhubungan dengan rakan-rakan saya.Ianya percuma!Lagipun,apabila kita bersembang dengan menggunakan internet,kita juga boleh bersembang dari pagi sampai malam tanpa bayaran!(Kita hanya perlu bayar kos jalur lebar)Saya dan rakan-rakan dapat berkongsi masalah,berbincang mengenai pelajaran,isu semasa dan sebagainya.

Selain daripada bersembang dengan rakan-rakan,saya juga dapat membaca surat khabar dengan hanya beberapa klik!Kita tidak perlu bersusah payah berbasikal ke kedai semata-mata untuk hanya membeli surat khabar!

Kita juga boleh mebaca surat khabar yang pelbagai.Apabila kita membeli surat khabar,mungkin hanaya dapat membelinya satu sahaja.Tetapi,apabila kita menggunakan internet,kita dapat membaca surat khabar walaupun sepuluh!

Dengan menggunakan internet juga,saya dapat melihat video-video yang saya suka.Kadang-kadang,saya selalu ketinggalan melihat cerita kegemaran saya.Jadi,saya dapat menengoknya semula di Youtube.

Selain itu,saya juga dapat mencari maklumat yang saya ingin tahu di enjin carian yang terdapat di dalam internet.

Di samping itu juga,saya dapat menggunakan internet untuk mengetahui perkembangan terkini penulis-penulis yang amat saya gemari.Contohnya,blog AinMaisarah,Aizam Aiman dan sebagainya.

Saya Anak Malaysia!!

Sejak menyertai pertandingan ini,saya mula bersemangat untuk menjadi seorang pelajar yang celik dalam bidang ICT.

Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk memiliki blog ini.Saya amat berharap agar saya memenangi nettop.Saya berasa amat seronok semasa saya melakukan semua bahan-bahan,maklumat dan segalanya yang berada di blog ini.

Saya juga amat berterima kasih kepada ibubapa saya memberi dorongan yang tinggi untuk menyertai pertandingan blog ini.Tidak lupa juga kepada guru-guru yang selama ini yang banyak memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan blog ini.

Saya amat berharap agar saya memenangi pertandingan blog ini untuk membuktikkan kepada semua orang yang saya juga boleh membuat blog.Saya juga boleh melakukan ini semua.Ya!Saya anak Malaysia!Mulai sekarang,barulah saya sedar yang jalur lebar telah banyak merubah hidup saya.

Wednesday, February 24, 2010

Biodata Saya

Izzah Farhana bt Mohamad Azam
Genaplah 12 tahun pada 18 November 2010
Saya lahir pada tahun harimau (sebab itu saya kuat)
Menetap di Pekan,Pahang yang aman lagi makmur
29 kilogram
144 cm
Belajar tambah,tolak,darab,dan bahagi di SK Pekan Jaya
6 Intelek kawan baik saya :)
Jatuh cinta dengan Nasi Lemak Telur mak cik kantin =D
Dalam usaha untuk mencapai 5A
Dalam usaha untuk memenangi nettop ;)
Doakan agar saya menang pertandingan ini ya !
Salam
hudchnduychjkchdc